Thursday, 10 July 2014

The Only Exception.

Dari awal aku kenal kau lagi
Kau tak sempurna
Dan kau takkan pernah sempurna
Aku tahu kelemahan kau
Aku tahu apa yang kau benci
Aku tahu ketakutan kau
Tapi tahukah kau bahawa
Aku tetap letakkan kau yang paling utama
Aku tetap suka kau
Aku tetap jadikan kau matahari aku
Dimana kau terus menyinari hidup kelam aku
Dan sayang
Kau juga tahu
Aku tidak sempurna
Dari awal perkenalan kita
Dan aku juga takkan pernah sempurna
Kau juga tahu kelemahan aku
Kau juga tahu apa yang aku benci
Kau juga tahu ketakutan aku
Tapi kau tetap bilang
Kau mencintai aku
Kau tetap memberi aku rasa
Yang tak pernah aku rasa sebelum ini
Kau mahu memimpin aku
Ke arah mimpi yang aku dambakan
Dan sayang
Mungkin suatu hari nanti
Bila kau tak lagi mencintai aku
Atau bila aku tak lagi ada di sisi mu
Ingat satu perkara
Semua kenangan kita
Takkan pernah aku lupa
Kerna kau adalah salah satu
Anugerah Tuhan kepada aku
Dan aku mahu kau tahu
Aku bersyukur kerna
Aku dipertemukan dengan kamu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.