Friday, 6 June 2014

jalan.


pernah tak kau jumpa seseorang ni
yang pada mulanya kau rasa menyampah dengan dia
kau rasa meluat dengan dia
kau rasa kau takkan pernah serasi dengan dia
kemudian dengan perlahan
dia masuk dalam kehidupan kau
bermula dengan teman biasa
teman lepak, teman bergurau
dan semakin lama kau semakin selesa
sehingga kau boleh berkongsi rahsia dengan dia
kau cerita masalah peribadi dekat dia 
kau tunjuk perangai sebenar kau depan dia
lama lama, dari rasa sayang sebagai sahabat
dah beralih arah kepada cinta
aneh betul
sebab bila difikirkan semula
kau tak pernah ada niat untuk mencintai dia
bila mula mula kenal dulu
kau tak sangka
orang yang kau meluat dulu
akhirnya menjadi bintang dalam hati kau
siapa tahu benda ni akan berlaku
takdir Tuhan
dan mungkin saja selepas ini
kau dengan dia akan kembali 
menjadi seperti awal perkenalan dulu
kembali menjadi orang asing
hanya Tuhan yang tahu segalanya
jalan hidup kau
jalan hidup aku
jalan hidup dia
jalan hidup mereka
namun yakin lah pada takdir kau
sebab itulah yang terbaik untuk kau
dan buat masa sekarang
aku bahagia dengan jalan hidup aku
sebab Tuhan telah pertemukan aku dengan kau
moga kau jadi jalan aku
suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.