Tiba-tiba keratan akhbar ni jadi famous kejap. Aku tak tahu menahu pun pasal ni ( sebab aku dah lama tak buka paper, muehehe ), aku dapat tahu pon sebab sepupu aku post pasal benda ny dekat fb. Okay, mula-mula aku tak faham. Apa yang sepupu aku cuba nak tunjuk kan? Start baca keratan akhbar tu and what tha?
" Hukum wanita dan lelaki ajnabi bersalam mendapat pelbagai pandangan daripada ulama, ada yang mengharuskan bersyarat dan ada yang mengharamkan. Bagi yang mengharuskan, meletakkan syarat bahawa ia tidak disertai rasa berahi dan aman daripada sebarang fitnah."Okay. Yang ni aku tak berapa faham. So, aku try buat sedikit research dan temu bual dengan beberapa orang.
" memang dlm mazhab lain ada dibenarkan bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tanpa nafsu. Tp di Malaysia kita semua bermazhab syafie. Bukan boleh suka2 tukar nk ikut mazhab mana untk kpentingan sendiri. "
" kan dah diharuskan akan tetapi mesti terelak dari fitnah. kalo laki dan perempuan dah bersentuhan tangan masyarakat islam pon tahu benda tu haram and boleh jadi fitnah. So memang tak boleh la. "
" Memang terdapat khilaf,tapi apa yg diperbincangkan lebih kpd jatuh air sembahyang tak antara suami isteri jika bersentuhan(di sini merujuk kpd wanita ajnabi yg telah sah jadi isteri, dan ada hadis mengenainya, mazhab syafie kata jatuh, mazhab lain kata tak,tapi aku tak tau plak bnda ni boleh diguna meluas smpai begini. Aku hanya smpaikan apa yg aku faham.Imam Malik dan Ahmad pula mentafsir ayat di atas dengan sentuhan yang disertai syahwat. Pandangan mereka disokong oleh hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. mencium isteri-isterinya, kemudian baginda menunaikan solat tanpa mengambil wudhuk” (Riwayat Imam Abu Daud, an-Nasai, Ahmad dan at-Tirmizi. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh. Lihat; Misykat al-Masabih, hadis no. 323). Hadis ini menunjukkan bahawa sentuhan biasa tidaklah membatalkan wudhuk. Jika tidak, sudah tentu Nabi akan mengambil wudhuk sebelum menunaikan solat selepas mencium isteri-isterinya tadi. "
Ouh. Try to understand. And thanks for the information, my dear. Selama aku hidup dan belajar, yang aku tahu, bersentuhan dengan bukan mahram memang tak boleh. Memang haram. Ditambah dengan hadis yang pernah aku baca ny.
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
Untuk mengukuhkan lagi hujah-hujah yang di atas, apa kata kita dengar pula dari mulut Ustaz Azhar Idrus. (He's my favourite ustaz !)
and this is one of my friend's opinion. Well, actually he's not a friend. Cuma kenal melalui twitter je. Aku suka mamat ni. Aku suka cara dia berdakwah. Seriously, sangat menusuk di kalbu. Ahh. Stop this nonsense! Kk, baca ni.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.