Wednesday, 13 June 2012

*messaggi0 da un amic0*


Lelaki..kenapa perlu menyakiti hati se0rang wanita yang tulus mencintaimu? Kenapa harus melukai perasaan yang setia kepadamu? Bodohnya kamu kerana tak dapat melihat kebaikan hatinya. Tololnya kamu kerana hanya mencari silapnya. Dia..wanita itu telah mengorbankan segalanya kepadamu,telah bersumpah hanya kamu di hatinya,tapi mengapa masih menuduhnya curang? Kenapa harus memaki hamun dia terus-terusan? Andai saja aku berada di tempatnya,sudah pasti aku akan segera meninggalkanmu,tapi dia? Dia wanita mulia. Masih lagi mempertahankanmu biarpun kau terus menerus menyakitinya. Kau,se0rang lelaki dan kau bernama suami. bukankah kau dicipta untuk melindungi dan menyayangi? Dulu,k0n0nnya kau terlalu mencintainya dan kau berjanji kepadaku bahawa akan menjaganya. tapi apa yang terjadi sekarang? Kau yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan dia,telah menjadi punca kepada segala penderitaan dia. Kau membuat aku menjadi se0rang yang tak berdaya,kau membuat aku merasa lemah kerana aku tak dapat menolong dia,sahabatku. Ingin saja aku membawa dia pergi jauh dari mu,tapi apakan dayaku,dia hanya mencintaimu. Butakah dia kerana tak pernah melihat kejelikkan dirimu? Pekakkah dia kerana tak mendengar kata cacian dari mu? Tak! Kau sebenarnya buta kerana tak dapat melihat dalam nya cinta dia. Kau sebenarnya yang pekak kerana tak pernah mendengar kata hatinya yang selalu memanggil namamu. Dia,wanita yang paling tabah yang pernah aku kenal. Dia,se0rang pencinta terbaik yang pernah aku kenal dan dia se0rang isteri yang setia.Salahnya hanya satu, kerana dia mencintai lelaki seperti kamu. Kau sebenarnya tak pernah layak untuk dia.

**Bunga,bersabarlah di atas segala ujian yang Allah turunkan kepadamu.
    Setiap ujian itu pasti ada hikmahNya. Aku sentiasa mend0akanmu~~

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.